Kita yang disini,apa yang kita buat..Walaupun tenaga kita tidak mampu menyumbang kesana, walaupun keberanian kita hanya sebesar zarah,namun apa yang kita ada.Doa yang tulus dan ikhlas..Kerana apa???kerana doa adalah senjata orang mukmim...InsyaAllah doa yang diungkapkan oleh seluruh rakyat Malaysia menjadi ubat dan penghalang kepada penceroboh untuk terus menodai dan memperkosa negeri Sabah.
Kononnya,mereka mengatakan Sabah milik mereka.Mengapa perlu mengundur di tempat mereka sendiri. Sedarkah mereka???Perjanjian dahulu sahaja cukup membuktikan sabah milik kita semua,rakyat Malaysia. Bertemu di mahkamah mana sekalipun tetap kita yang juara.Sejarah dahulu sudah membuktikan segalanya..Kini sedar bahawa sejarah amat penting untuk dipelajari oleh kita .
Tapi....mereka disana bertepuk tangan melihat sesama Islam berperang demi membentuk kerajaan dan menuntut supaya mereka diiktiraf..Sedih...melihat orang islam berkelakuan seperti ini.. Sedih kerana kita tidak bersatu untuk menyelesaikan masalah ini..Mereka melihat tersenyum,bertepuk tangan apabila seorang demi seorang gugur..
Namun,mereka yang syahid..darah menjadi saksi perjuanganmu..InsyaAllah syurga kelak menantimu tanpa dihitung amalan..Mempertahankan negara yang juga agama...Kami disini sebenarnya gembira kerana keberanianmu semua menjadi azimat kepada keamanan negara kami..Doa kami sentiasa bersamamu..
Yang terus berjuang,teruskan perjuanganmu..Kita diuji..kita dicabar..namun tidak sesekali kita mengundur..Keberanianmu dituntut..namun kamu tidak undur walaupun seinci..Terima kasih kerana melindungi kami dari terus dinodai..Doa kami sentiasa mengiringi perjuanganmu..
"YA ALLAH... SELAMATKANLAH PEJUANG-PEJUANG KAMI.BERIKANLAH KEMENANGAN KEPADA KAMI...BANTULAH KAMI SEMUA...HANYA KAU TEMPAT KAMI MENGADU...."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan