Pengikut

Ahad, 10 Mac 2013


PERTEMUAN,PERPISAHAN DAN KERINDUAN

Aku benci pertemuan kerana pertemuan membawa
Kepada perpisahan
Aku benci perpisahan kerana perpisahan membawaku
Kepada kerinduan kerana…
Kerinduan akan membuat aku terkenangkan dirimu
Tetapi…
Usahlah dikesalkan kita dapat mengenali seseorang
Setiap pertemuan pasti  ada perpisahan
Merupakan sandiwara hidup
Yang tidak pernah lenyap dari sanubari setiap insan
Pertemuan….
Membuat aku membina pelbagai harapan
Pertemuan juga dapat mengikat silatulrahim dua insan
Yang jauh menjadi karib
Yang rapat menjadi akrab
Perpisahan….
Hanya akan membazirkan airmata
Yang mengalir di pipi
Dan  yang menyentuh di hati
Perpisahan juga akan memisahakan dua insan yang saling mengenali
Dan berakhir dengan lambaian sayu
Kerinduan …
Lahir akibat terjadinya perpisahan
Membuat kita terkenang kepadanya
Membuat kita terbayang kemesraan lalu
Walaupun pertemuan terasa baru berlaku
Namun kemesraan itu membuat kita sukar untuk
Melepaskannya….pergi
Tetapi….
Mengapa setiap pertemuan perlu terjadinya perpisahan?
Adakah untuk membuat jiwa menjadi rindu?
Rindu pada kebahagian dan kemesraan lalu??....
Mengapa pertemuan,perpisahan dan kerinduan
Harus terjadi dalam kehidupan??....
Adakah pertemuan dapat mengubati hati yang luka
Perpisahan hanya untuk menyakitkan
Dan kerinduan membuat kita hilang arah tujuan…???
Aku masih mencari….dan terus mencari
Jawapan yang belum pasti
Namun percayalah…..
Yang patah tumbuh kembali
Yang hilang silih berganti
Abadikanlah memori indah di sanubari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan