BBM 3410 PENGALAMAN VIDEO SERAM UPM
Assalamualaikum kawan-kawan berjumpa lagi kita untuk kali ini.
pada minggu pula, saya dikehendaki menulis sedikit sebanyak mengenai pembikinan video seram.Antaranya setiap ahli kumpulan haruslah memahami jalan cerita yang ingin disampaikan agar setiap orang dapat menghayati watak masing-masing dengan berkesan.
seterusnya video ini perlu di rakam tanpa suara atau dialog dan hanya di bantu oleh kesan bunyi yang sesuai. Walaupun nampak mudah, namun ia agak merumitkan untuk edit video dan ini sangat menguji kesabaran kumpulan kami.
Namun akhirnya kami berjaya menyiapkan dan upload kira-kira jam 5 pagi. Walaupun penat tetapi kami puas menonton hasil video seram kami.
SELAMAT MENONTON YA KAWAN -KAWAN
http://www.youtube.com/watch?v=-lnXEfoJo3g
Pengikut
Rabu, 17 April 2013
Khamis, 4 April 2013
Video one shot upm
Assalamualaikum semua.
sekarang dengar pula pengalaman saya ketika sesi rakaman vidoe one shot.Pada hari sabtu yang lalu kumpulan saya (aura cantik) dikehendaki menyiapkan satu video lagu yang perlu menari dan menggerakkkan bibir dengan satu shot sahaja iaitu tanpa menggerakkan kamera tersebut.kami dikehendaki menari dan menyanyi dengan satu tempat sahaja.
Lagu yang dipilih oleh kumpulan kami iaitu gadis dan bunga nyayian Rahimah Rahim.Lagu ini bagi kami sangat seronok di dengar dan sesuai dengan kumpulan saya yang terdiri daripada 5 orang gadis.
Lokasi yang kami pilih pula sekitar putrajaya, iaitu di taman botani yang sangat cantik dan menarik dikelilingi oleh bunga-bunga.
Segala peralatan dibawa seperti laptop, kamera, speaker bagi memudahkan sesi rakaman. Kami juga menandakan kawasan yang perlu kami masuk untuk memastikan kelima-lima kami tidak cacat ketika rakaman dibuat.
Sebanyak lima kali rakaman dibuat untuk memastikan rakaman kami berjaya,walaupun penat tetapi pengalaman ini sungguh bermakna yang tidak boleh saya lupakan kelak.
Ini antara gambar-gambar ketika sesi rakaman video dibuat.
sekian untuk kali ini.
Assalamualaikum semua.
sekarang dengar pula pengalaman saya ketika sesi rakaman vidoe one shot.Pada hari sabtu yang lalu kumpulan saya (aura cantik) dikehendaki menyiapkan satu video lagu yang perlu menari dan menggerakkkan bibir dengan satu shot sahaja iaitu tanpa menggerakkan kamera tersebut.kami dikehendaki menari dan menyanyi dengan satu tempat sahaja.
Lagu yang dipilih oleh kumpulan kami iaitu gadis dan bunga nyayian Rahimah Rahim.Lagu ini bagi kami sangat seronok di dengar dan sesuai dengan kumpulan saya yang terdiri daripada 5 orang gadis.
Lokasi yang kami pilih pula sekitar putrajaya, iaitu di taman botani yang sangat cantik dan menarik dikelilingi oleh bunga-bunga.
Segala peralatan dibawa seperti laptop, kamera, speaker bagi memudahkan sesi rakaman. Kami juga menandakan kawasan yang perlu kami masuk untuk memastikan kelima-lima kami tidak cacat ketika rakaman dibuat.
Sebanyak lima kali rakaman dibuat untuk memastikan rakaman kami berjaya,walaupun penat tetapi pengalaman ini sungguh bermakna yang tidak boleh saya lupakan kelak.
Ini antara gambar-gambar ketika sesi rakaman video dibuat.
sekian untuk kali ini.
Simpulan Bahasa upm
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Pada minggu ini saya dikehendaki menulis sedikit sebanyak tentang pengalaman bersama ahli kumpulan yang lain iaitu kumpulan 10 (aura cantik) ketika menyiapkan tugasan yang di beri oleh dr. nootts mengenai fotografi simpulan bahasa.
Dr. notts memberi kebebasan kepada kami dalam memilih simpulan bahasa masing-masing, asalkan antara setiap kumpulan tidak sama. Namun secara tidak sengaja dengan jumlah kumpulan yang agak banyak ada juga satu dua simpulan bahasa yang sama.
Selepas itu kami dikehendaki mengambil gambar mimik muka mengenai maksud simpulan bahasa kumpulan kami yang dipilih . Pelbagai idea daripada ahli kumpulan saya, hal ini kerana supaya gambar yang kami ambil menepati maksud simpulan bahasa yang dikehendaki oleh dr. notts.
Setelah selesai, kami memuatkan gambar-gambar tersebut dalam microsoft power point serta menyelitkan lagu supaya lebih menarik untuk dibentangkan.
Itu sahaja untuk kali ini, panjang umur berjumpa lagi. sebelum itu jom kita layan gambar-gambar simpulan bahasa dari kumpulan kami.
Tin kosong- bercakap besar tanpa ilmu
Talam dua muka-tidak jujur
pisau cukur-perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
Busuk hati-orang yang berhati jahat
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Pada minggu ini saya dikehendaki menulis sedikit sebanyak tentang pengalaman bersama ahli kumpulan yang lain iaitu kumpulan 10 (aura cantik) ketika menyiapkan tugasan yang di beri oleh dr. nootts mengenai fotografi simpulan bahasa.
Dr. notts memberi kebebasan kepada kami dalam memilih simpulan bahasa masing-masing, asalkan antara setiap kumpulan tidak sama. Namun secara tidak sengaja dengan jumlah kumpulan yang agak banyak ada juga satu dua simpulan bahasa yang sama.
Selepas itu kami dikehendaki mengambil gambar mimik muka mengenai maksud simpulan bahasa kumpulan kami yang dipilih . Pelbagai idea daripada ahli kumpulan saya, hal ini kerana supaya gambar yang kami ambil menepati maksud simpulan bahasa yang dikehendaki oleh dr. notts.
Setelah selesai, kami memuatkan gambar-gambar tersebut dalam microsoft power point serta menyelitkan lagu supaya lebih menarik untuk dibentangkan.
Itu sahaja untuk kali ini, panjang umur berjumpa lagi. sebelum itu jom kita layan gambar-gambar simpulan bahasa dari kumpulan kami.
Tin kosong- bercakap besar tanpa ilmu
Talam dua muka-tidak jujur
pisau cukur-perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki
Busuk hati-orang yang berhati jahat
pilih kasih-memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai
suara emas-suara yang merdu
Bunting pelamin-orang perempuan yang hamil dalam bulan pertama perkahwinan
Berat mulut-pendiam atau tidak suka bercakap banyak
perut kosong-lapar
Hati batu-degil dan sukar menerima nasihat
Pasang dua -beristeri dua
Bodoh sombong-orang yang bodoh dan tidak mahu belajar.
Kumpulan kami(aura cantik)
Ahad, 10 Mac 2013
boring2 bacalah cerpen saya nih..
HAIKAL
Amir,seorang
graduan dari Universiti Putra Malaysia,jurusan Bacelor Sastera(Pengkhususan
B.Arab).Dia kini sedang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Melor,Kota Bharu,Kelantan dalam subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
Tinggi.Tidak pernah terlintas dihatinya untuk menjadi guru.Oleh kerana
kesusahan untuk mendapatkan kerja pada masa kini,Amir terima seadanya.Mungkin
sudah tersurat untuk menjadi seorang
guru.
Isnin,3
Januari 2011,hari pertama Amir melaporkan diri di sekolah itu.Suasana disekolah
itu sungguh memekakkan telinga dek kerana hari pertama persekolahan
bermula.Setelah Amir menghadiri mesyuarat pertama,dia diarahkan untuk mengajar
tingkatan 1,2 dan 4.Mungkin orang mengatakan menjadi seorang pendidik adalah senang
dan mudah.Akan tetapi Amir tidak mahu memandang rendah akan pendapat sesetengah
manusia yang tidak mengetahui pekerjaan sebagai seorang pendidik.Bagi Amir,menjadi
pendidik bukanlah senang kerana seorang guru haruslah berusaha melahirkan
seorang manusia yang berjaya.Bukan sahaja di dunia malah berjaya di
akhirat.Menjadi mukmin yang sejati.
Jam
menunjukkan pukul 9.00 pagi.Amir melihat jadual yang baru diperolehinya
tadi.Sekarang,dia perlu mengajar ditingkatan 4 Ibnu Sina dalam madah bahasa
Arab.Sebelum melangkah masuk ke kelas itu,Amir mengambil buku teks untuk
dijadikan bahan mengajar.Sedang dia berjalan untuk ke kelas 4 Ibnu Sina,Amir
masih sempat melihat keadaan di sekelilingnya.Jika pagi tadi suasananya begitu
bising,tapi sekarang,suasananya begitu senyap.
“
Semua bangun.Assalamualaikum ustaz”.Murid-murid tingkatan 4 Ibnu Sina memberi
salam kepada Amir,guru barunya itu.Setelah menjawab salam dan membacakan doa
penerang hati,Amir memulakan proses pengajarannya dengan sesi taaruf iaitu
berkenalan.Setelah selesai sesi berkenalan,Amir menyuruh para pelajarnya
membuka buku teks.Mata pelajaran yang pertama ialah ‘ismu isyarat” Para pelajar kelas itu begitu khusyuk mendengar
pengajaran dari Amir.
Amir
menerangkan bahawa terdapat beberapa perkataan yang menunjukkan ismu isyarat
dan ismu mausul.Sebagai comtoh,ismu
isyarat ialah haza,hazani,haaulai
untuk menunjukkan penggunaannya bagi lelaki dan bagi perempuan pula hazii,haatani,haaulai.Beberapa contoh
ayat juga telah diberikan oleh Amir kepada muridnya.Mungkin pengalaman
pembentangan yang dilakukan sepanjang proses pembelajarannya di universiti,memudahkan
Amir menerangkan secara mudah dan cepat difahami oleh murid-muridnya itu.
Setelah
selesai sesi pengajaran dalam kelas 4 Ibnu Sina,Amir terus ke kantin untuk
mengisi perut.Sudah menjadi kebiasaan Amir bersarapan adalah makan
tengahari.Mungkin tidak diajar untuk makan sarapan dari kecil.Setelah memesan
nasi ayam dari Kak Su,iaitu peneraju kantin sekolah dan juga merangkap ketua
tukang masak,Amir melabuhkan punggungnya diatas bangku sambil menunggu nasi
ayamnya siap.Leka Amir termenung,tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang dan orang
itu memperkenalkan dirinya sebagai Faiz,juga seorang guru yang mengajar mata
pelajaran Geografi dan Sejarah dari lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia.
“Macam
mana hari pertama persekolahan?Seronok kan mengajar disini?”tanya Faiz.Amir
hanya sekadar menganggukkan kepada tanda setuju dengan pertanyaan Faiz.Seronok
sungguh mereka berborak.Pelbagai cerita dikongsi tambah-tambah pengalaman
semasa di universiti.Masing-masing cuba mempamerkan kehebatan universiti
masing-masing.Akhirnya,mereka berdua membuat kesimpulan bahawa universiti
tempatan sememangnya hebat dalam menghasilkan graduan yang hebat dalam pelbagai
bidang bahkan menghasilkan graduan yang bertaqwa disisi maha pencipta iaitu
Allah SWT.
“Mir,boleh
saya tanya sesuatu?”Amir hanya sekadar tersenyum menandakan dia membenarkan
rakan barunya bertanya.Sahabat barunya itu hanya menanyakan kenapa Amir asyik
termenung dan suka bersendiri.Sebenarnya,Faiz asyik memerhatikan Amin sejak
hari pertama melangkah kaki ke sekolah untuk melaporkan diri sehinggalah hari
pertama Amir mengajar.Dia melihat Amir asyik termenung dan mengasingkan diri
sahaja.Pertemuan mereka di kantin sekolah ini menyebabkan Faiz berani untuk
bertanyakan soalan ini kepada sahabatnya.
Amir
tersenyum dengan soalan yang dikemukakan oleh Faiz.Entah kenapa Amir merasakan
rahsianya yang selama ini tersimpan akan terbongkar.Kenapa Amir merasakan Faiz
seorang yang boleh dipercayai dan akhirnya Amir memulakan proses penceritaan disebalik
rahsianya itu.
FEBUARI 2003.
22
Febuari 2003,hari pertama aku mendaftarkan diri di sekolah baru,Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Falahiah,Pasir Pekan,Tumpat.Entah kenapa,aku rasa
hati aku begitu riang apabila ditawarkan ke tingkatan empat di sekolah agama
itu.Mungkin kerana hasrat aku sudah tercapai kerana aku pernah mengimpikan ke
sekolah agama itu semasa aku tingkatan satu tetapi tidak kesampaian dek kerana
keputusan UPSR aku yang tidak memuaskan.Setelah berjaya memasuki sekolah agama
Falahiah dengan bebekalkan keputusan PMR yang agak baik,aku berasa salah satu
impian aku sudah tercapai dan aku bertekad untuk meneruskan kejayaanku pada
tahap yang seterusnya iaitu SPM disekolah yang baru,kawan yang baru,guru yang
baru serta suasana yang baru.
Setelah
mendaftarkan diri disekolah itu,aku diarahkan masuk ke kelas 4 Ibnu Rusyd iaitu
kelas aliran Sains yang kedua selepas Ibnu Sina oleh PK HEM iaitu En.Mohd
Ghazilan bin Ngah.Penialaian pertama aku terhadap PK HEM ialah,beliau sengguh
tegas dan garang tetapi berdedikasi dengan kerjanya.Beliau mengajar mata pelajaran
Matematik Tambahan.Aku telah ditunjukkan kelas oleh salah seorang guru yang
bertugas pada minggu itu.Tingkatan 4 Ibnu Rusyd berada satu bangunan dengan
pejabat tetapi pejabat sekolah berada pada aras 2 dan kelasku berada pada aras
1 berhadapan dengan bengkel kemahiran hidup.
Guru
kelas aku ialah Puan Noraini Bin Ibrahim,mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu.Dia sungguh baik dan pemurah.Setelah aku dibawa ke kelas,aku
memperkenalkan diri.Lucunya,setelah aku memperkenalkan diri sebagai pelajar
baru disekolah itu,aku terus keluar,meminta izin untuk ke asrama,mendaftarkan
diri kerana jarak rumah aku dari sekolah itu agak jauh.Aku berjumpa dengan
penyelia asrama untuk mengisi borang.Penyelia asrama begitu baik dan menyuruh
supaya aku memanggilnya umi.Bilik aku di asrama itu ialah dorm BK-05.Setelah
siap mendaftarkan diri,maka bermulalah kehidupan aku disekolah yang baru.
“
Siapa nama? Dulu sekolah mana? Tinggal dimana? Berapa keputusan PMR?aku ditanya
dengan pelbagai soalan oleh seseorang yang tidak aku kenali.Dalam hati aku
berkata.”apa mamat ni.Tiba-tiba jea tanya.
“
Amir.Aku sekolah di Maahad Ar-Rahmah Kenali.Tinggal di Kampung Demit.PMR 8A.”
Ringkas dan padat sahaja aku menjawab segala pertanyaannya.
Setelah
aku menjawab semua soalan yang diajukan,dia memperkenalkan dirinya sebagai
Haikal,juga dari kelas yang sama dengan aku.Aku sungguh tidak sangka sudah
mendapat kawan yang dari kelas yang sama.Mulai hari itu,kami mula menjadi kawan
yang baik.Aku dan Haikal sentiasa bersama sehinggalah ada orang yang mencemburui
persahabatan kami.Rupa-rupanya ada juga yang bersikap demikian.Biasalah,hati
yang dicemari oleh kata-kata syaitan ini akan menimbulkan sikap mazmumah.Aku
tidak boleh berkata apa-apa lagi dan hanya mampu berdoa agar mereka yang
mencemburui persahabatan kami ini akan merasa insaf.Ubatnya senang sahaja untuk
menghilangkan rasa dengki iaitu sentiasa menunaikan solat sunat dan membaca
al-Quran setiap kali selepas solat terutama selepas solat Subuh dan Maghrib.Sedang
aku termenung seorang diri,tiba-tiba aku terus dimarahi oleh Haikal.Dia menuduh
aku mengata belakang atau mengumpat pasal dia.Pada masa itu,aku langsung tidak
dapat berkata apa-apa kerana tergaman dan terkejut dengan kemarahannya itu.Aku
tidak pernah mengumpat pasal dia di belakang malah aku sentiasa menjaga maruah
dia kerana aku tahu sejarah hidup dia.
“
Haikal,aku tidak pernah mengumpat pasal kau di belakang.Aku tahu dan kau pun
tahu bahawa mengumpat dosanya lebih teruk daripada membunuh.Aku rasa ada orang
yang cuba merenggangkan persahabatan kita.Aku tahu sudah lama orang lain tidak
suka akan keakraban kita.Percayalah Haikal.Aku sayangkan persahabatan ini.Bukan
mudah kita nak bina persahabatan ini Haikal.Kita berkawan kerana Allah.Kita
berkawan kerana kita percaya Allah telah mentakdirkan kita sebagai sahabat
karib.Antara aku dan kau.Dalam pepatah arab mengatakan “bainana wa bainakum”.Aku
mengakhiri hujah aku.
Apakah
dayaku,walaupun hujah aku bertubi-tubi,namun Haikal tetap tidak mempercayai
kata-kataku itu.Akhirnya,orang yang mencemburui kami telah berjaya memisahkan
persahabatan kami yang amat baik selama ini.Kini,antara aku dan Haikal sudah
tidak lagi bersama malah kedudukan meja dalam kelas aku juga telah berubah.Betapa
sedihnya hati ini.Aku hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti,Haikal sedar
akan kesilapanya dan hubungan persahabatan kami akan kembali seperti dulu.
JANUARI 2011.
Faiz
tergelak-gelak mendengar ceritaku.Mungkin dia berasa lucu dan menganggap aku termenung
kerana itu.Aku tidak kisah kerana sesiapa pun akan berada pada situasi yang
sama jika aku menceritakan pada sesiapa sahaja.Sebab itulah aku mengambil
keputusan untuk berdiam diri tanpa menceritakan pada sesiapa pun sehinggalah
aku bercerita pada Faiz pada hari ini.Aku melanjutkan lagi kisah persahabatan
aku dan Haikal.Ketawa Faiz mula mengendur takhtala aku mengatakan bahawa Haikal
sudah tidak ada lagi didunia ini.
Faiz
mula berasa tidak enak kerana melihat muka aku yang mula menunjukkan perubahan
yang sedih.Aku melihat jam ditangan dan pada masa itu aku perlu mengajar
dikelas tingkatan satu Ibnu Khaldun dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.Aku
meminta diri dan aku akan menyambung kembali ceritaku kepada Faiz setelah tamat
kelas aku pada hari ini.Faiz menganggukan kepala tanda setuju dan kami akan
berjumpa di KFC Kubang Kerian.
Seperti
biasa,sesi taaruf dijalankan dan aku mula meperkenalkan diri aku.Setelah
itu,aku menerangkan subtopik Pendidikan Islam yang akan aku ajarkan pada tahun
ini.Untuk permulaan aku mengambil keputusan untuk tidak mengajar tetapi aku
memberi nasihat kepada para pelajarku tentang hubungkait antara akidah,ibadat
dan akhlak.Para pelajarku begitu khusyuk mendengar ceramahku
itu.Alhamdulillah,Allah masih membuka pintu hati mereka untuk mendengar
nasihatku tanpa mengeluarkan suara malah ada sesetengah pelajar berani bertanya
mengenai persoalan ini.
“Kita
dibekalkan dengan satu akidah yang betul iaitu Islam.Kita patut bersyukur
kerana kita dilahirkan dalam keadaan Islam,akidah yang benar dan sebaik-baik
pegangan iaitu menyembah Allah SWT dan mempercayai segala ajaran yang diajar
oleh Allah dan Muhammad SAW,Rasul bagi umat zaman akhir termasuklah kita.Kita
juga telah ditinggalkan 2 benda yang teramat penting iaitu al-Quran dan
al-Hadis sebagai panduan dan pegangan kita supaya tidak sesat.Muhammad SAW
pernah bersabda “Berpeganglah kepada 2
perkara ini yakni al-Quran dan al-Sunnah.Nescaya kamu tidak
akan sesat.” Seperti yang kita tahu Islam berasal dari perkataan salama iaitu selamat.Oleh kerana
itulah,apabila akidah kita mantap,maka ia akan mempengaruhi ibadat kita.Macam
mana itu.Ibadat kita akan menjadi lebih sempurna.Kita sentiasa ikhlas dalam
melakukan semua perkara dan apabila akidah serta ibadat kita sempurna maka terhasilah
akhlak yang baik atau sikap mahmudah.Ibarat pokok.Akar itu ibarat akidah,pokok
itu ibarat ibadat dan buah yang baik itu ibarat akhlak.Jika akar itu rosak,maka
pokok tidak akan membesar dan akan menghasilkan buah yang busuk dan rosak.”Aku
menutup ceramahku itu.
Sebenarnya
kata-kata aku itu adalah pesanan dari ustazah aku semasa aku mengambil subjek
akhlak di Fakulti Pendidikan Universiti Putra Malaysia.Aku masih mengingati
lagi kata-kata dari Dr.Fathiyah.Kini,giliran aku pula yang menurunkan ilmu kepada
anak didikku itu agar pahala dapat mengalir kepada Ustazah aku yang banyak
mengajar aku.Aku menamatkan sesi pengajaran aku disitu dan aku loceng tamat
persekolahan pada hari ini telah pun berbunyi.Setelah itu,aku mencari surau
sekolah untuk menunaikan kewajipan aku sebagai seorang muslim.Selesai solat
Zohor secara berjemaah,aku menghidupkan enjin kereta untuk pergi ke KFC Kubang
Kerian untuk menyambung kembali rahsia bodohku itu.Aku ketawa di dalam hati
sendirian takhtala mengenangkan janjiku dengan Faiz semata-mata untuk
melanjutkan cerita mengenai persahabatan aku dengan Haikal.Kereta Honda Jazz
berwarna hitamku mula meninggalkan kawasan persekolahan dan menuju ke Kubang
Kerian,iaitu satu bandar yang semakin
maju,sarat dengan pembangunan yang terancang.
OGOS 2003
Kini,antara
aku dan Haikal tidak lagi seperti dulu.Walaupun aku sudah mencuba untuk
menjernihkan keadaan tapi aku hampa kerana sikap Haikal yang dingin.Beberapa
hari lagi sambutan kemerdekaan negara akan tiba.Ahli Jawatankuasa Asrama sibuk
merancang segala aktiviti pada malam itu.Aku dan Haikal berada dalan ajk yag
sama iaitu ajk persiapan tempat.Aku bersikap seperti biasa walaupun aku tahu
Haikal tidak keruan apabila dia tahu aku dan dia akan berkerjasama.Bagi
aku,kerja tidak perlu dicampuradukkan dengan hal peribadi.Pada zaman Rasulullah
SAW memerintah Madinah,orang Islam dan orang bukan Islam dapat hidup sekali
dengan jayanya walaupun mereka sebenarnya memusuhi Islam pada mulanya.Aku
mengambil pendekatan itu apabila aku bekerja dengan Haikal.InsyaAllah semuanya
akan berjalan dengan lancar walaupun hubungan persahabatan kami tidak seperti
dahulu lagi.
“Oii,Amir!!!kau
reti tidak buat kerja ni?Tengok!!!Semua tak menjadi!!!Dasar bodoh!!”Haikal
melepaskan rasa tidak puas hatinya kepada aku.Mungkin kerana perasaan tidak
ikhlas dalam membuat kerja dan kerana terpaksa menyebabkan semua kerja yang
dilakukan oleh kami berdua tidak menjadi.Aku hanya berdiam tanda sabar.Jika aku
menjawab,kemungkinan hubungan kami akan menjadi lebih teruk.Aku tahu,Haikal
sekarang ini terlalu emosional.Aku amat memahami perasaan dia.Mungkin perasaan
yang dia rasakan sekarang ini ialah aku sudah mengkhianati persahabatan
kami.Aku hanya tersenyum membalas semua rasa marahnya terhadap aku.Dalam
hati,aku hanya mampu berdoa agar kerja persiapan tempat ini akan dapat dijalankan
dengan sempurna dan Haikal akan bertindak secara profesional dengan
mengenetepikan segala masalah yang berhubung dengan kami.
Alhamdulillah.aku
bersyukur kepada Allah SWT kerana mempermudahkan segala kerja kami walaupun
pada awalnya terlalu banyak dugaan yang terpaksa kami tempuhi.Inilah yang
dikatakan proses mematangkan hidup kita.Terima kasih Ya Allah.Segala persiapan
tempat menyambut hari kemerdekaan peringkat asrama sudah pun selesai.Aku amat
bersyukur walaupun hubungan kami tidak seperti dahulu,namun kami mampu
bekerjasama dan menghasilkan kerja yang bermutu dan aku tahu orang yang
bertanggungjawab menyebarkan fitnah antara kami begitu marah.Tapi aku sedikit
pun tidak kisah kerana kita hanyalah insan biasa dan Allah tetap ada bersama
kita dikala susah mahupun senang.Bergantung atas niat seseorang dalam membuat
kerja.Dalam buku Hadis 40 sahih Bukhari dan muslim membincangkan pasal
niat.Satu persatu dinyatakan secara terperinci mengenai niat.
Oktokber
2003,peperiksaan akhir tahun akan bermula beberapa hari lagi.Hubungan kami
tidak menampakkan tanda-tanda kejernihan.Sudah masuk enam bulan kami tidak
bertegur sapa.Aku sebenarnya bimbang kerana hadis pernah mengatakan bahawasanya
“Sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi
3 hari,maka diharamkanNya memasuki syurga.”Namun aku berasa lega kerana kau
telah berjumpa dengan ustaz Abdul Shukur mengetahui hakikat penerangan hadis
tersebut dan ustaz mengatakan yang dimaksudkan dengan hadis tersebut ialah
saudara yang mempunyai darah dengan kita seperti mak,ayah,adik-beradik Cuma di
Malaysia kita meluaskan konteks hadis tersebut.Alhamdulillah,sekurang-kurangnya
aku tidaklah rasa terlalu bersalah kerana aku pernah mencuba untuk menjernihkan
keadaan kami.
“Haikal,aku
minta maaf atas semua silap salah aku sepanjang aku mengenali kau sebagai
sahabat dunia akhirat aku.Halalkan makan minum aku dengan kau.Doakan aku
berjaya dalam peperiksaan akhir tahun dan aku juga doakan kau berjaya juga.”
Namun,Haikal
bersikap acuh tidak acuh dan pergi meninggalkan aku begitu sahaja.Aku berasa
sedih dan kecewa dengan sikap Haikal.Dimana janji-janji yang kami cipta
dahulu?Dimana ukhwah persahabatan yang kami bina atas dasar islamiah
dahulu?Kini semuanya sudah hancur.Hubungan kami bolehlah diibaratkan seperti
orang putus cinta dan tidak mungkin dapat berbaik semula.Aku hanya mampu berdoa
agar hati Haikal terbuka untuk memberi ihsan kemaafan kepada sahabatnya iaitu aku
walaupun aku tahu aku tidak bersalah dalam hal ini.Peperiksaan akhir tahun
dijalankan dengan jayanya dan alhamdulillah aku dapat menjawab dengan jayanya.
Disember
2003,keputusan peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan empat sudah diumumkan dan
sekali lagi aku memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana berjaya mendapat
tempat ke-2 didalam kelas itu.Aku cuba mencari nama Haikal dan aku
dapati,Haikal mendapat kedudukan yang ke-4 dan sekali lagi kami berada dalam
kelas yang sama apabila naik tingkatan 5 iaitu 5 Ibnu Sina,kelas yang
diidam-idamkan oleh semua pelajar.Sedang aku termenung,Haikal menyapaku.
“Oi,ingat
hebat sangat ke dapat nombor 2.Tak payah nak berlagaklah.Kau dengan aku beza
sedikit jea pun.Betul tak Hafiz?”Hafiz hanya mampu menganggukkan kepala tanda
setuju dengan kenyataan Haikal.Aku tahu yang Hafiz kini sudah menjadi pengganti
aku Cuma yang membezakan antara aku dan Hafiz ialah Hafiz sudah menjadi sahabat
Haikal sejak dari tingkatan satu lagi tapi aku mengenali Haikal dalam tingkatan
empat.Namun,aku sikit pun tidak kisah malah aku bersyukur kerana Haikal
tidaklah keseorangan lagi.Pasal diriku,aku tidak kisah kerana aku hanya nak
tumpukan pelajaran aku kerana aku akan menduduki SPM dan di dasar sudut kecil
hatiku ini,aku mengharapkan antara aku dan Haikal akan berbaik semula.
Persekolahan
untuk tahun 2004 sudah bermula.Kedudukan aku di dalam kelas ialah
ditengah-tengah,barisan kedua bersama dengan Mohd Nazmi iaitu pelajar terbaik
bagi tingkatan empat.Keputusan kami hanya memisahkan pointer sahaja.Aku mendapat
pointer 3.53 manakala Nazmi mendapat pointer 3.56.Bilangan A yang sama antara
kami.Kini,aku dan Nazmi menjadi kawan namun tidaklah seakrab antara aku dan
Haikal satu ketika dahulu.Aku berharap kali ini tidak ada yang cemburu antara
aku dan Nazmi lagi kerana kami hanyalah sekadar berkawan biasa walaupun aku
tahu Haikal tidak menyukai persahabatan kami.Mungkin dia masih sayang
persahabatan antara aku dan dia cuma ego terlalu tinggi untuk mengalah walaupun
aku sudah mengalah sejak dari dulu lagi.Biarlah!!!Masa akan menentukan
segalanya.Allah lebih bijak mengatur kedudukan hambaNYA.Kini,aku sudah redha
dengan ketentuan Ilahi.
Seluruh
kelas gempar apabila Haikal pengsan di dalam kelas.Aku juga turut panik melihat
kejadian itu lantas aku tergesa-gesa mendapatkan Haikal.Namun,apakan daya,Hafiz
menolak aku dengan mengatakan akulah punca Haikal pengsan.Ya Allah,betapa sedih
dan pilunya hati ini dituduh sedemikian.Dituduh sebagai seorang yang amat
bersalah.tapi aku tetap redha kerana inilah ujian persahabatan kami yang Allah
berikan kepada aku.Haikal dihantarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia di
Kubang Kerian dan ditempatkan di wad 7 Selatan.Aku dikhabarkan Haikal menghidap
penyakit barah otak yang serius.Patutlah selama aku berkawan,Haikal sering
mengadu sakit kepala.Aku pernah menyarankan kepada dia supaya ke hospital
tetapi Haikal menolak.Ya Allah,betapa beratnya KAU menguji sahabatku,Haikal.Setelah
KAU menguji persahabatan kami,kini KAU pula menguji sahabatku dengan penyakit
ini.Sungguh besar ujianMU itu.Namun,aku yakin tentu besar hikmatnya disebalik
ujian ini.
Petang
Sabtu,aku meminta izin daripada Ketua wardan,Ustaz Hassan Bin Said untuk ke
hospital,melawat Haikal.Secara kebetulan,HUSM dan rumah aku adalah
dekat.Jadi,aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah aku setelah melawat
Haikal.Aku menaiki bas untuk ke HUSM.Jam menunjukkan pukul 1.00
tengahari,merupakan waktu melawat bagi HUSM.Kini,aku melangkah ke wad 7 Selatan
dan aku melihat ramai di antara saudara mara,sahabat handai serta guru-guru
melawat Haikal.Aku melihat dari jauh,Haikal tersenyum dengan puas dan begitu
ikhlas.Sudah lama aku tidak melihat senyuman sahabatku itu.Adakah kehadiran aku
akan meragut segala senyuman dia.Ya Allah,begitu berat kakiku untuk melangkah
mendekati dia.Kuatkan hatiku ini Ya Allah.Kakiku kini semakin cepat melangkah
untuk mendekati Haikal.
“Assalamualaikum,apa
khabar Haikal?”Aku memberikan salam aku kepada Haikal sambil menghulurkan
tangan dengan perasaan yang berdebar-debar.Mungkin,hati Haikal sudah
terbuka,dia tersenyum dan menjawab salamku dengan penuh kegembiraan.Malah,dia
mengatakan bahawa dia tertunggu-tunggu kehadiran aku.Aku begitu terkejut dengan
kenyataan Haikal.Ya Allah,terima kasih kerana mengembalikan Haikal kepadaku
walaupun aku tahu masa kami untuk mengenali buat kali kedua tidak lama kerana
tahap penyakit Haikal sudah berada pada tahap 4 iaitu tahap yang serius.Mungkin
Allah memberi kesempatan kami untuk berbaik semula,menjadi sahabat dunia dan
akhirat sebelum Haikal menutupkan matanya meninggalkan dunia yang penuh tipu
daya ini.
Sebelum
aku balik,Haikal memberi aku surat dan dia menyuruh aku membaca surat ini
setalah aku tiba di asrama.Aku terpaksa akur dengan kehendaknya kerana aku
menghormati Haikal sebagai sahabat aku.Setelah memberi salam,aku meninggalkahn
Haikal sendirian di dalam wad.Aku sempat melihat wajah Haikal yang sedih.Begitu
juga aku tetapi aku menguatkan semangat supaya Haikal lebih bersemangat untuk
meneruskan sisa-sisa hidupnya itu.Aku berfikir sendirian.Betapa tabahnya Haikal
meneruskan hidup.Dia sempat mengatakan kepadaku yang dia akan tetap akan
mengambil peperiksaan SPM dan akan mencatatkan keputusan yang terbaik untuk
dihadiahkan kepada kedua orang tuannya itu.Begitu tabah hatimu,Haikal!!!!!!Air
mataku mengalir keluar dari kedua-dua belah mataku ini.Lama betul air mataku
tidak mengalir.Betapa mulia dan kuatnya ukhwah antara kami.Ukhwah yang sekali
lagi aku nyatakan dibina atas dasar Islam.Kerana Allah!!
Selesai
aku menunaikan solat isyak,aku terus ke kelas untuk ulangkaji pelajaran.Malam
itu sememangnya tiada kelas malam.Sesampainya aku ke kelas,aku terus membuka
lembaran surat yang diberikan oleh Haikal kepadaku tadi dan aku meneliti
bait-bait kata yang tertulis di dalamnya.
“Assalamualaikum buat
sahabatku, Amir..
Aku meminta maaf diatas
segala silap dan salah aku terhadap kau.Aku tahu,kau tentu kecewa dengan segala
tindakan aku terhadap kau.Mir,sebenarnya aku amat menyayangi persahabatan
antara kita dan aku tahu segala fitnah yang dilemparkan ke atas kau sememangnya
tidak benar.Cuma aku malu untuk mengakui kesilapan aku sendiri.Mungkin kerana
ego aku terlalu tinggi.Aku juga tahu bahawa kau tidak pernah melupakan segala
janji-janji yang pernah dilafazkan masih terpegang kemas.Sebab itulah aku
melihat kau tidak putus asa untuk menjernihkan keadaan antara aku dan kau.Cuma
aku yang tidak pernah nak menghargai segala tindakan kau dalam meminta kemaafan
dari aku.
Mir,sebenarnya aku juga
tidak pernah lupa akan janji-janji yang kita lafazkan dahulu.Aku berasa amat
sedih dan kecewa dengan tindakan aku.Aku bodoh kan Mir?Tidak pernah menghargai
sahabat yang Allah kurniakan kepada aku.Mungkin tidak terlambat untuk aku memohon
maaf dari kau,Amir.Maafkan aku..Jika aku ditakdirkan pergi terlebih dahulu,aku
mengharapkan doa dari kau,sahabat aku dunia dan akhirat agar aku sentiasa
tenang di alam sana.Aku merayu kepada kau,Amir.Maafkan aku diatas segala silap
salahku sepanjang persahabatan kita.”
Haikal
Air
mata aku makin lebat mengalir setelah aku membaca surat tersebut.Ya Allah,sudah
lama aku memaafkan kau Haikal.Sedikit pun tidak terdetik untuk aku menyakiti
kau.Segala yang telah berlaku adalah ketentuan Allah SWT.Aku menerimanya dengan
hati yang terbuka.Sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan sahabat seperti
kau.Satu nikmat Allah yang tidak terhingga dan diberikan oleh Allah kepada
sesiapa yang dikehendakiNYA.
Sudah
3 bulan berlalu,kini antara aku dan Haikal kembali seperti dulu.Tanggal
18.12.2004,Haikal meninggalkan kami semua,meninggalkan dunia yang penuh dengan
cubaan.Semua orang berasa sedih akan kehilangannya termasuklah aku.Namun aku
redha dengan ketentuan Allah kerana Allah lebih menyayangi hambanya lebih dari
kita menyayangi dia dan aku bersyukur kerana Allah mempertemukan aku dengan
Haikal.
Al-Fatihah
untuk Allahyarham Haikal.Semoga dia ditempatkan dengan orang-orang beriman.
JANUARI 2011
Sambil
aku mencubit ayam KFC,aku menghabiskan cerita aku kepada Faiz.Aku melihat Faiz
begitu sedih dan hampir mengeluarkan air
mata setelah mendengar cerita aku.Aku hanya mampu tersenyum dan mengatakan
sudah menjadi ketetapan Allah yang tersurat dalam perjalanan hidup aku.Faiz
mengangguk tanda setuju dengan kenyataan yang aku berikan.YaAllah,tempatkan
Haikal dalam kalangan orang-orang yang beriman.Sekali lagi ingatan aku kembali
kepada sahabatku,Haikal.
“Mir,saya
tidak sangka yang awak mempunyai kisah yang sedih.Ya Allah,kukuhnya hubungan
persahabatan antara awak dan Haikal.Kisah persahabatan kau ni boleh diibaratkan
seperti persahabatan Rasulullah SAW dengan para sahabat.Bersahabat kerana
Allah.Kerana sayangnya ukhwah antara kamu,rasa sakit hati dapat dikikis
walaupun pelbagai dugaan dan ujian yang melanda malah disebalik ujian
itu,persahabatan antara kamu makin kukuh dan utuh.”Luahan hati Faiz setelah
mengetahui ceritaku ini.
“Iz,aku
terlalu bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada aku untuk
mengenali Haikal.Memberi ujian dan dugaan kepada persahabatan kami semata-mata
untuk lebih dekat mengenal Allah SWT dan
aku redha kerana Allah lebih menyayangi Haikal lebih daripada aku menyayangi
dia.Mengenali Haikal merupakan satu anugerah Allah yang tidak terhingga.Mungkin
orang kata,perkara sedemikian hanyalah kisah cinta antara manusia sesama
manusia tapi tidak pada aku.Persahabatan aku ini bukan sahaja rasa cinta kami
tetapi yang lebih besar rasa cinta kami terhadap maha Pencipta,Allah SWT.”Aku mengakhiri hujahku.
Setelah
aku dan Faiz menghabiskan makanan,kami keluar dari KFC dan menuju ke kereta
masing-masing.Bagi aku,kisah antara aku dan Haikal hanyalah satu perjalanan
hidup aku sebelum aku juga mengikut jejak Haikal ke alam sana.Aku tidak boleh
hidup dengan kenangan dan kisah ini akan aku jadikan panduan dalam proses aku
mematangkan hidup aku sebagai khalifah di muka bumi ini.Kini,aku perlu
menumpukan kerjaya aku dalam mendidik manusia menjadi insan yang berjaya dunia
dan akhirat.Aku menghidupkan enjin kereta dan menuju untuk pulang ke rumah.Esok,lusa
dan hari-hari selepasnya akan aku isikan masanya dengan perkara-perkara yang
berfaedah.Tapi apa yang pasti,tugas sebagai pendidik akan aku pikul dan galas
dengan penuh dedikasi.Haikal,moga kau tenang di alam sana.
SAHABAT SELAMANYA
Sahabat
Budimu persis mutiara di lautan terbentang
Betapa sukarnya ku capai perasaan ini
Kekelaman hatiku kini disirami cahaya
Mega-mega kelabu berarak lalu
Memori jingga kembali biru
Menerangi laman jiwaku
Penuh berbunga restu
Sahabat
Terima kasih ku ucapkan kepadamu
Kerana kau menerima aku seadanya
Tanpa mengira darjat yang bertakhta
Ku nobatkan dirimu dihatiku selamanya
Dan panduan penghormatanku mengiringimu sentiasa.
Sahabat
Kenangan lalu terpahat selamanya
Tatkala aku menyusun duka
Enigma jujur datang menjelma
Membawa seribu kenangan
Setiap saat dan ketika terpahat di jiwa
Sahabat
Ku titipkan propaganda kehidupan
Demi mengenangi kenangan silam
Jikalau kita semakin renggang
Ku dambakan setiap pengorbanan
Ku doakan dirimu diiringi kejayaan
Bersama seribu satu kebahagiaan
Menenggelamkan seribu kedukaan
Inilah lumrah kehidupan
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Ukiran impian
Kedamaian
yang kucari
Masih belum
terbukti….
Jauh lagi
pejalanan ini
Jiwa tak
pernah tenteram
Dilubuk
hati paling
Dalam…..
Berlumutlah
ukiran impian
Entah
berapa lama
Harusku
nanti sinar
Kasih
sayang menyinari
Kembali….
Dengan
nada,lagu dan irama
Kuluahkan
rasa kecewa
Semoga kau
dapat
Mendengar….
Yang pasti
hujan tak berterusan
Matahari
akan terus
Bersinar….
Langgan:
Catatan (Atom)


