Pengikut

Selasa, 28 Mei 2013



BBM 3410: SALAM TERAKHIR


Nama: Rosfaradila Binti Ab. Rahim
No Matrik: 157592



Assalamualaikum kawan-kawan, alhamdulillah kita dipertemukan lagi. Post kali ini merupakan post yang terakhir untuk subjek Bahasa dalam Multimedia bersama dr. notts. Bila fikir-fikirkan sedih pula setelah segala tugasan selesai. Selepas ini peluang untuk kami bekerjasama sudah tiada lagi.


Sepanjang 13 minggu berkerjasama dengan kumpulan saya aura cantik , merupakan pengalaman yang saya tidak boleh lupakan dan akan sentiasa tersemat dalam memori saya menari, menyanyi, berlakon, mengambil gambar bersama memang menyeronokan. Segala susah senang kami lalui bersama, dari minggu pertama hinggalah minggu ke 13.



Setiap minggu kami diberikan tugasan baru oleh dr notts, bermula dengan minggu pertama hingga ke 13 tugasan mengenai Asas Grafik, fotografi emosi, video one shot, simpulan bahasa, video seram, video tanpa wajah, gambar unik, video kebiasaan orang malaysia dan video boleh dan tidak boleh Manakala dalam kelas amali tugasan secara individu iaitu membuat kalendar 2014 dengan poster menggunakan perisian adobe photoshop, buat blog, buka akaun twitter, buat laman web dan power point alam semulajadi.


Walaupun terasa agak terbeban dengan tugasan yang banyak, saya tidak berputus asa demi markah dan pengalaman kelak hehehe. Namun setelah selesai membuat tugasan yang diberikan oleh dr notts secara kumpulan mahupun individu , Saya rasakan sangat menyeronokan dan berpuas hati kerana segala hasil dapat saya lihat lebih -lebih lagi video yang kumpulan saya hasilkan di upload di youtube dan di bentang di hadapan kelas. ini secara tidak langsung dapat saya tengok reaksi dr notts dan rakan-rakan ketika melihat video kumpulan saya ketawa bersama-sama dan ini merupakan kenangan manis yang saya ingat sampai bila-bila.


 Selamat menonton video-video kumpulan saya "aura cantik" di youtube dengan hanya menaip bbm3410. Akhir kata, salam perpisahan ada masa berjumpa lagi.



di sini saya sertakan link video yang telah kami muat naik dalam youtube :

http://www.youtube.com/watch?v=59McrZpbiXE (VIDEO LAGU ONE SHOT)

http://www.youtube.com/watch?v=-lnXEfoJo3g (VIDEO SERAM)

http://www.youtube.com/watch?v=ucj9tnGuTWQ (VIDEO TANPA WAJAH)

http://www.youtube.com/watch?v=477QPvDZGQk (VIDEO BOLEH DAN TIDAK BOLEH)

http://www.youtube.com/watch?v=wuPrH0bvgNg (VIDEO GAMBAR UNIK)

http://www.youtube.com/watch?v=Hkt2ILxzM50 (VIDEO REALITINYA)

Selasa, 21 Mei 2013

BBM3410 LAMAN WEB

Alhamdulillah dengan berkat dan rahmat Allah berjaya saya menyiapkan segala coretan dalam website saya.

Laman website ini dihasilkan bagi  memenuhi  tugasan   ke 3 untuk kelas amali, jadi sesiapa yang hendak diikuti website saya sila-silakan  terukirnyacoretan

Sekian terima kasih.

Selasa, 14 Mei 2013

Cahaya Keinsafan

 

Peristiwa yang menimpa saya kira-kira dua tahun lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba saya pupuk hari demi hari, namun saya sering kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah saya lakukan. Kesalahan yang saya sangka ringan, tapi rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tak pernah berkesudahan, hinggalah ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri saya untuk tatapan anda sekalian. Moga dapat dijadikan teladan sepanjang hidup dan dijadikan iktibar, khasnya bagi para isteri solehah sekalian.

Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerjaya yang begitu taat berbakti kepada suami. Walaubagaimana penat dan sibuknya sekalipun saya, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.

Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah-lembut terhadap keluarga, ringan tulang, untuk sama-sama menguruskan rumah bila pulang dari kerja dan lain-lain sifat baik ada pada dirinya. Waktu solat dan waktu makan malam merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan solat berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya suami saya akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertaqwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus saya tunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa.

Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami. Sebagai seorang yang juga sibuk di pajabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah.

Tapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong menolong dan bertolak ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah dalam rumahtangga kami. Bahkan, ia menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada suatu hari yang mana pada hari itu datang ketentuan Allah swt yang tidak dapat diubah oleh sesiapupun. Hari itu merupakan hari bekerja, agenda saya di pejabat amat sibuk. Bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah, penat dan letih tak dapat digambarkan.

Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan diri dan sedang melayan anak-anak, bermain dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah, masing-masing penat.

Suami sedar saya amat penat pada hari itu, oleh itu dia meminta saya agar tidak memasak. Sebaliknya dia mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar pada malam itu. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam sebelas malam. Apa tidaknya, kami berbual panjang ketika makan, bergurau senda dan usik mengusik, seperti tiada lagi hari esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk dicakapkan pada malam itu.

Hampir jam dua belas malam barulah masing-masing merebahkan diri di katil. Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tapi belaian lembut tangan suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba gagahkan diri melayaninya, tapi hati saya hanya separuh saja yang jaga, separah lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, “Abang, Zee terlalu penat la", lalu menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur. Sebaliknya, suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu, seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tapi tak berjawab. Sehinggalah saya dapat penggilan yang tidak dijangka sama sekali, panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan saya dikehendaki datang segera ke hospital.

Saya bergegas ke hospital, tapi segalanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergiannya, namun perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini dan di sisi saya.

Hakikatnya, itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri, dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu dan saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya. Sabda Rasulullah saw, “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur, tiba-tiba ditolak oleh si isteri, maka Malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu sehinggalah dimaafkan oleh suaminya”.

Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepada arwah suami saya, air mata saya tetap akan mengalir ke pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus dosa saya itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin yang sejati. Agar pahala amalam mereka akan mengalir kepada ayah mereka, suami saya. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya, semoga Allah memperkenankannya…..Amin….

Luahkan Sebelum Terlambat

 

Kisah ini tentang seorang gadis yang jatuh hati pada teman baiknya yang boleh berkongsi suka dan duka.

Kita gelarkan mereka sebagai Adam dan Farah. Bagaimanapun, Farah tidak pernah meluahkan perasaannya itu, bimbang persahabatan mereka yang sedia terjalin, akan tercalar dengan pengakuan itu.

Pada suatu hari, Adam mendatangi Farah dengan satu dilema. Adam meminati seorang gadis dan meminta pendapat Farah, sama ada dia harus menghantarnya satu kad ucapan. Hati Farah hancur berkecai tetapi dia sembunyikannya. Baginya, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaannya jua.

"Adam rasa, dia suka Adam tak?" tanya Farah. "Adam tak pasti, tetapi... mungkin juga," jawab Adam. "Adakah Adam pasti dia belum berpunya?" tanya Farah lagi sambil di dalam hatinya berdoa si gadis pujaan Adam sudah mempunyai teman istimewa. Adam menjawab: "Belum."

"Kalau macam tu, teruskan. Itu cara terbaik untuk mengetahui sama ada dia juga sukakan Adam. Lagipun, siapalah yang mampu menolak lelaki seperti Adam," ujar Farah cuba bergurau dan menyembunyikan perasaannya. Selepas itu, Farah cuba mengorek lebih lanjut daripada teman-temannya dan Adam, siapakah gadis bertuah itu tetapi hampa.

Beberapa hari kemudian, Adam datang lagi. "Perlukah saya membelinya sejambak bunga?" "Ya, Farah tidak pernah terjumpa mana-mana perempuan yang tidak sukakan bunga!" "Bunga apa yang patut Adam berikan?" "Bergantung, kepada apa?" "Bergantung kepada apa jenis bunga yang dia sukakan dan berapa banyak wang yang Adam ada." "Adam tak kisah tentang duit."

"Kalau begitu, belikan dia bunga mawar merah, penjual bunga tentu tahu apa maksudnya." "Adakah penjual bunga boleh mengirimkannya bersama kad ucapan?'' "Ya." "Kenapa Adam tidak memberikannya sendiri." "Tak boleh." "Kenapa pula?" "Adam takut dia tidak sukakan Adam." Farah menjadi bertambah sedih.

Pada suatu hari, ketika sedang mengemas rumahnya, seseorang telah mengetuk pintu. Sebaik pintu dibuka, seorang lelaki penghantar berdiri bersama sejambak bunga mawar merah yang dikepilkan bersama sebuah kad ucapan. Kad itu berbunyi:

"Sudah lama Adam tertarik pada Farah (lelaki mana yang tidak tertarik pada Farah, bukan?) Namun, semakin kita menjadi akrab, Adam dapat melihat kecantikan dalaman Farah sebagaimana kecantikan luaran. Perasaan Adam menjadi lebih mendalam, melebihi seorang kawan tetapi Adam bimbang untuk berterus terang.

"Adam menghargai persahabatan kita lebih dari segala-galanya tetapi Adam mahu Farah tahu, apa yang Adam rasai di dalam. Sekiranya Farah tidak merasakan apa yang Adam rasai, Adam sesungguhnya mengerti. Adam harap, kita masih boleh terus menjadi teman karib dan Adam berjanji, tidak akan membangkitkan perkara ini lagi. Seolah-olah, ini semua tidak pernah berlaku dalam hidup kita, okey? Hubungi Adam. Adam mahu tahu, apa pendapat Farah."

Sudah tentu Farah terus menghubungi Adam dan sejak itu mereka menjadi pasangan sahabat, kekasih dan suami isteri yang bahagia sehingga kini.


MORAL :

Jadi saudara, hidup ini terlalu singkat untuk kita menerawang dan tertanya-tanya apa yang orang lain fikirkan tentang kita. Pejam mata, tetapkan pendirian dan 'go for it'.

Kisah Lelaki Tua Dengan 3 Anaknya

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya..jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi
makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.

Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?"

Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang
dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu"
jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..

Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana
tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.



Moral :

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.

Harben ialah HARTA-BENDA,
Anis ialah ANAK-ISTERI, dan
Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Lazimnya manusia sayang kepada Harben dan Anis tapi tidak pada Amsal. Di mana bila manusia itu mati iaitu pulang kerahmatullah (mengadap Raja) yang dapat dibawanya hanyalah Amsal. Harben tinggal dipintu pagar dan Anis tinggal di penambang (di tepi kubur).Oleh itu dalam kita mengejar cita-cita di dunia ni jangan lah lupa dgn akhirat dan rukun Islam yang lima .

Esoklah

Kisah untuk renungan bersama... Katakan sekarang... jgn tunggu sampai esok... Pada suatu tempat, hiduplah seorang anak. Dia hidup dalam keluarga yang bahagia, dengan orang tua dan sanak keluarganya. Tetapi, dia selalu menganggap itu sesuatu yang wajar saja. Dia terus bermain, mengganggu adik dan kakaknya, membuat masalah bagi orang lain adalah kesukaannya.

Apabila dia menyedari akan kesalahannya dan mahu minta maaf, dia selalu berkata,"Tidak apa-apa, besok kan boleh." Sesudah besar, dia amat suka kesekolah. Dia belajar, mendapat teman, dan sangat bahagia. Tetapi, dia anggap itu wajar-wajar saja. Semua begitu saja dijalaninya sehingga dia anggap semua sudah sewajarnya. Suatu hari, dia berkelahi dengan teman baiknya. Walaupun dia tahu itu salah, tapi tidak pernah mengambil inisiatif untuk minta maaf dan berbaik dengan teman baiknya. Alasannya, "Tidak apa-apa, besok kan boleh."

Ketika meningkat remaja, teman baiknya tadi bukanlah temannya lagi. Walaupun dia sering melihat temannya itu, tapi mereka tidak pernah saling tegur. Baginya itu bukanlah masalah, kerana dia masih punyai ramai teman baik yang lain. Dia dan teman-temannya melakukan segala sesuatu bersama-sama, main, jalan-jalan dan macam2 lagi. Ya, mereka semua teman-temannya yang paling baik.

Setelah lulus, kerja membuatkannya menjadi sibuk. Dia bertemu seorang gadis yang sangat cantik dan baik. Gadis itu kemudian menjadi teman wanitanya.Dia begitu sibuk dengan kerjanya, kerana dia ingin di naikkan pangkat ke posisi paling tinggi dalam waktu yang sesingkat mungkin.

Tentu, dia rindu untuk bertemu teman-temannya. Tapi dia tidak pernah lagi menghubungi mereka, bahkan selalu lewat menelefon mereka. Dia selalu berkata, "Ah, aku penat, besok saja aku hubungi mereka." Ini tidak terlalu mengganggu dia kerana dia punyai teman-teman sekerja selalu mahu apabila diajak keluar.

Jadi, waktu pun berlalu, dia lupa sama sekali untuk menelefon teman-temannya. Setelah dia berkahwin dan mempunyai anak, dia bekerja lebih kuat untuk memberi kebahagiaan pada keluarganya. Dia tidak pernah lagi membeli bunga untuk isterinya, atau pun mengingati hari lahir isterinya dan juga hari perkahwinan mereka. Itu tidak mendatangkan masalah baginya, kerana isterinya selalu mengerti, dan tidak pernah menyalahkannya.

Kadang-kadang dia merasa bersalah dan ingin punyai kesempatan untuk mengatakan pada isterinya "Aku cinta pada mu", tapi dia tidak pernah melakukannya. Alasannya, "Tidak apa-apa, saya pasti besok saya akan mengatakannya."

Dia tidak pernah bersama di majlis harijadi anak-anaknya, tapi dia tidak tahu ini akan mempengaruhi anak-anaknya. Anak-anak mulai menjauhkan diri darinya, dan tidak pernah menghabiskan waktu mereka bersama dengan ayahnya.

Suatu hari, isterinya ditimpa kemalangan, isterinya dilanggar lari. Ketika kejadian itu, dia sedang ada mesyuarat. Kemalangan itu adalah serius dan dia tidak sedar bahawa kemalangan itu bakal menjemput isterinya menemui yang maha mencipta. Belum sempat dia berkata "Aku cinta pada mu", isterinya telah meninggal dunia. Remuk hatinya apabila ini berlaku dan dia cuba menghiburkan diri bersama anak-anaknya setelah kematian isterinya.

Tapi, dia baru sedar bahawa anak-anaknya tidak mahu berkomunikasi dengannya. Apabila anak-anaknya dewasa dan membina keluarga masing-masing. Tidak ada yang peduli pada orang tua ini, yang di masa lalunya tidak pernah meluangkan waktunya untuk mereka.

Masa berjalan begitu pantas, orang tua ini tinggal di rumah jagaan yang terbaik, yang menyediakan pelayanan sangat baik. Dia menggunakan wang yang disimpannya dari mula untuk perayaan ulang tahun perkahwinan ke 50, 60,dan 70. Pada asal tujuan wang itu adalah untuk digunakan pergi bercuti ke Hawaii, New Zealand, dan negara-negara lain bersama isterinya,
tapi kini terpaksa digunakan untuk membayar biaya tinggal di rumah jagaan tersebut. Sejak dari itu sehinggalah dia meninggal, hanya ada orang-orang tua dan penjaga yang merawatnya. Dia merasa sangat kesepian, perasaan yang tidak pernah dia rasakan sebelumnya.

Semasa dia hendak meninggal, dia memanggil seorang penjaga dan berkata kepadanya, "Ah, jika aku menyedari perkara ini dari dulu..." Kemudian perlahan ia menghembuskan nafas terakhir. Dia meninggal dunia dengan airmata dipipinya.



MORAL :

Apa yang saya ingin katakan pada kawan-kawan dan juga pada diri saya sendiri, waktu itu tidak pernah berhenti. Anda terus maju dan maju,sebelum benar-benar menyedari, anda ternyata telah maju terlalu jauh.

Jika anda pernah bertengkar, segera berbaik antara satu sama lain !

Jika anda merasa ingin mendengar suara teman anda, jangan ragu-ragu untuk menelefonnya segera.

Akhir sekali, tapi yang paling penting, jika anda merasa ingin mengatakan pada seseorang bahawa anda sangat sayang pada dia, jangan tunggu sampai terlewat. Jika anda terus berfikir bahawa masih ada lain hari baru anda akan memberitahu dia, hari itu tidak pernah akan datang.

Jika anda selalu fikir bahawa besok akan datang, maka "besok" akan pergi

sungguh dengan begitu cepat hingga anda baru sedar bahawa waktu telah tinggalkan anda.

Rabu, 17 April 2013

BBM 3410 PENGALAMAN VIDEO SERAM UPM



Assalamualaikum kawan-kawan berjumpa lagi kita untuk kali ini.

pada minggu pula, saya dikehendaki menulis sedikit sebanyak mengenai  pembikinan video seram.Antaranya setiap ahli kumpulan haruslah memahami jalan cerita yang ingin disampaikan agar setiap orang dapat menghayati watak masing-masing dengan berkesan.

seterusnya video ini perlu di rakam tanpa suara atau dialog dan hanya di bantu oleh kesan bunyi yang sesuai. Walaupun nampak mudah, namun ia agak merumitkan untuk edit video dan ini sangat menguji kesabaran kumpulan kami.

Namun akhirnya kami berjaya menyiapkan dan upload kira-kira jam 5 pagi. Walaupun penat tetapi kami puas menonton hasil video seram kami.

SELAMAT MENONTON YA KAWAN -KAWAN
http://www.youtube.com/watch?v=-lnXEfoJo3g

Khamis, 4 April 2013

Video one shot upm

Assalamualaikum semua.


sekarang dengar pula pengalaman saya ketika sesi rakaman vidoe one shot.Pada hari sabtu yang lalu kumpulan saya (aura cantik) dikehendaki menyiapkan satu video lagu yang perlu menari dan menggerakkkan bibir dengan satu shot sahaja iaitu tanpa menggerakkan kamera tersebut.kami dikehendaki menari dan menyanyi dengan satu tempat sahaja.

Lagu yang dipilih oleh kumpulan kami iaitu gadis dan bunga nyayian Rahimah Rahim.Lagu ini bagi kami sangat seronok di dengar dan sesuai dengan kumpulan saya yang terdiri daripada 5 orang gadis.

Lokasi yang kami pilih pula sekitar putrajaya, iaitu di taman botani yang sangat cantik dan menarik dikelilingi oleh bunga-bunga.

Segala peralatan dibawa seperti laptop, kamera, speaker bagi memudahkan sesi rakaman. Kami juga menandakan kawasan yang perlu kami masuk untuk memastikan kelima-lima kami tidak cacat ketika rakaman dibuat.

Sebanyak lima kali rakaman dibuat untuk memastikan rakaman kami berjaya,walaupun penat tetapi pengalaman ini sungguh bermakna yang tidak boleh saya lupakan kelak.

Ini antara gambar-gambar ketika sesi rakaman video dibuat.












sekian untuk kali ini.


Simpulan Bahasa upm

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.


Pada minggu ini saya dikehendaki menulis sedikit sebanyak tentang pengalaman bersama ahli kumpulan yang lain iaitu kumpulan 10 (aura cantik) ketika menyiapkan tugasan yang di beri oleh dr. nootts mengenai fotografi simpulan bahasa.

Dr. notts memberi kebebasan kepada kami dalam memilih simpulan bahasa masing-masing, asalkan antara setiap kumpulan tidak sama. Namun secara tidak sengaja dengan jumlah kumpulan yang agak banyak ada juga satu dua simpulan bahasa yang sama.

Selepas itu kami dikehendaki mengambil gambar mimik muka mengenai maksud simpulan bahasa kumpulan kami  yang dipilih . Pelbagai idea daripada ahli kumpulan saya, hal ini kerana supaya gambar yang kami ambil menepati maksud simpulan bahasa yang dikehendaki oleh dr. notts.

Setelah selesai, kami memuatkan gambar-gambar tersebut dalam microsoft power point serta menyelitkan lagu supaya lebih menarik untuk dibentangkan.

Itu sahaja untuk kali ini, panjang umur berjumpa lagi. sebelum itu jom kita layan gambar-gambar simpulan bahasa dari kumpulan kami.
Tin kosong- bercakap besar tanpa ilmu



Talam dua muka-tidak jujur


pisau cukur-perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki


Busuk hati-orang yang berhati jahat


pilih kasih-memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai

suara emas-suara yang merdu


Bunting pelamin-orang perempuan yang hamil dalam bulan pertama perkahwinan

Berat mulut-pendiam atau tidak suka bercakap banyak

perut kosong-lapar
Hati batu-degil dan sukar menerima nasihat



Pasang dua -beristeri dua




Bodoh sombong-orang yang bodoh dan tidak mahu belajar.

Kumpulan kami(aura cantik)



Ahad, 10 Mac 2013


                                                           

boring2 bacalah cerpen saya nih..


     HAIKAL
Amir,seorang graduan dari Universiti Putra Malaysia,jurusan Bacelor Sastera(Pengkhususan B.Arab).Dia kini sedang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor,Kota Bharu,Kelantan dalam subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tinggi.Tidak pernah terlintas dihatinya untuk menjadi guru.Oleh kerana kesusahan untuk mendapatkan kerja pada masa kini,Amir terima seadanya.Mungkin sudah tersurat untuk  menjadi seorang guru.
Isnin,3 Januari 2011,hari pertama Amir melaporkan diri di sekolah itu.Suasana disekolah itu sungguh memekakkan telinga dek kerana hari pertama persekolahan bermula.Setelah Amir menghadiri mesyuarat pertama,dia diarahkan untuk mengajar tingkatan 1,2 dan 4.Mungkin orang mengatakan menjadi seorang pendidik adalah senang dan mudah.Akan tetapi Amir tidak mahu memandang rendah akan pendapat sesetengah manusia yang tidak mengetahui pekerjaan sebagai seorang pendidik.Bagi Amir,menjadi pendidik bukanlah senang kerana seorang guru haruslah berusaha melahirkan seorang manusia yang berjaya.Bukan sahaja di dunia malah berjaya di akhirat.Menjadi mukmin yang sejati.
Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi.Amir melihat jadual yang baru diperolehinya tadi.Sekarang,dia perlu mengajar ditingkatan 4 Ibnu Sina dalam madah bahasa Arab.Sebelum melangkah masuk ke kelas itu,Amir mengambil buku teks untuk dijadikan bahan mengajar.Sedang dia berjalan untuk ke kelas 4 Ibnu Sina,Amir masih sempat melihat keadaan di sekelilingnya.Jika pagi tadi suasananya begitu bising,tapi sekarang,suasananya begitu senyap.
“ Semua bangun.Assalamualaikum ustaz”.Murid-murid tingkatan 4 Ibnu Sina memberi salam kepada Amir,guru barunya itu.Setelah menjawab salam dan membacakan doa penerang hati,Amir memulakan proses pengajarannya dengan sesi taaruf iaitu berkenalan.Setelah selesai sesi berkenalan,Amir menyuruh para pelajarnya membuka buku teks.Mata pelajaran yang pertama ialah ‘ismu isyarat” Para pelajar kelas itu begitu khusyuk mendengar pengajaran dari Amir.
Amir menerangkan bahawa terdapat beberapa perkataan yang menunjukkan ismu isyarat dan ismu mausul.Sebagai comtoh,ismu isyarat ialah haza,hazani,haaulai untuk menunjukkan penggunaannya bagi lelaki dan bagi perempuan pula hazii,haatani,haaulai.Beberapa contoh ayat juga telah diberikan oleh Amir kepada muridnya.Mungkin pengalaman pembentangan yang dilakukan sepanjang proses pembelajarannya di universiti,memudahkan Amir menerangkan secara mudah dan cepat difahami oleh murid-muridnya itu.
Setelah selesai sesi pengajaran dalam kelas 4 Ibnu Sina,Amir terus ke kantin untuk mengisi perut.Sudah menjadi kebiasaan Amir bersarapan adalah makan tengahari.Mungkin tidak diajar untuk makan sarapan dari kecil.Setelah memesan nasi ayam dari Kak Su,iaitu peneraju kantin sekolah dan juga merangkap ketua tukang masak,Amir melabuhkan punggungnya diatas bangku sambil menunggu nasi ayamnya siap.Leka Amir termenung,tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang dan orang itu memperkenalkan dirinya sebagai Faiz,juga seorang guru yang mengajar mata pelajaran Geografi dan Sejarah dari lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia.
“Macam mana hari pertama persekolahan?Seronok kan mengajar disini?”tanya Faiz.Amir hanya sekadar menganggukkan kepada tanda setuju dengan pertanyaan Faiz.Seronok sungguh mereka berborak.Pelbagai cerita dikongsi tambah-tambah pengalaman semasa di universiti.Masing-masing cuba mempamerkan kehebatan universiti masing-masing.Akhirnya,mereka berdua membuat kesimpulan bahawa universiti tempatan sememangnya hebat dalam menghasilkan graduan yang hebat dalam pelbagai bidang bahkan menghasilkan graduan yang bertaqwa disisi maha pencipta iaitu Allah SWT.
“Mir,boleh saya tanya sesuatu?”Amir hanya sekadar tersenyum menandakan dia membenarkan rakan barunya bertanya.Sahabat barunya itu hanya menanyakan kenapa Amir asyik termenung dan suka bersendiri.Sebenarnya,Faiz asyik memerhatikan Amin sejak hari pertama melangkah kaki ke sekolah untuk melaporkan diri sehinggalah hari pertama Amir mengajar.Dia melihat Amir asyik termenung dan mengasingkan diri sahaja.Pertemuan mereka di kantin sekolah ini menyebabkan Faiz berani untuk bertanyakan soalan ini kepada sahabatnya.
Amir tersenyum dengan soalan yang dikemukakan oleh Faiz.Entah kenapa Amir merasakan rahsianya yang selama ini tersimpan akan terbongkar.Kenapa Amir merasakan Faiz seorang yang boleh dipercayai dan akhirnya Amir  memulakan proses penceritaan disebalik rahsianya itu.
FEBUARI 2003.
22 Febuari 2003,hari pertama aku mendaftarkan diri di sekolah baru,Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah,Pasir Pekan,Tumpat.Entah kenapa,aku rasa hati aku begitu riang apabila ditawarkan ke tingkatan empat di sekolah agama itu.Mungkin kerana hasrat aku sudah tercapai kerana aku pernah mengimpikan ke sekolah agama itu semasa aku tingkatan satu tetapi tidak kesampaian dek kerana keputusan UPSR aku yang tidak memuaskan.Setelah berjaya memasuki sekolah agama Falahiah dengan bebekalkan keputusan PMR yang agak baik,aku berasa salah satu impian aku sudah tercapai dan aku bertekad untuk meneruskan kejayaanku pada tahap yang seterusnya iaitu SPM disekolah yang baru,kawan yang baru,guru yang baru serta suasana yang baru.
Setelah mendaftarkan diri disekolah itu,aku diarahkan masuk ke kelas 4 Ibnu Rusyd iaitu kelas aliran Sains yang kedua selepas Ibnu Sina oleh PK HEM iaitu En.Mohd Ghazilan bin Ngah.Penialaian pertama aku terhadap PK HEM ialah,beliau sengguh tegas dan garang tetapi berdedikasi dengan kerjanya.Beliau mengajar mata pelajaran Matematik Tambahan.Aku telah ditunjukkan kelas oleh salah seorang guru yang bertugas pada minggu itu.Tingkatan 4 Ibnu Rusyd berada satu bangunan dengan pejabat tetapi pejabat sekolah berada pada aras 2 dan kelasku berada pada aras 1 berhadapan dengan bengkel kemahiran hidup.
Guru kelas aku ialah Puan Noraini Bin Ibrahim,mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu.Dia sungguh baik dan pemurah.Setelah aku dibawa ke kelas,aku memperkenalkan diri.Lucunya,setelah aku memperkenalkan diri sebagai pelajar baru disekolah itu,aku terus keluar,meminta izin untuk ke asrama,mendaftarkan diri kerana jarak rumah aku dari sekolah itu agak jauh.Aku berjumpa dengan penyelia asrama untuk mengisi borang.Penyelia asrama begitu baik dan menyuruh supaya aku memanggilnya umi.Bilik aku di asrama itu ialah dorm BK-05.Setelah siap mendaftarkan diri,maka bermulalah kehidupan aku disekolah yang baru.
“ Siapa nama? Dulu sekolah mana? Tinggal dimana? Berapa keputusan PMR?aku ditanya dengan pelbagai soalan oleh seseorang yang tidak aku kenali.Dalam hati aku berkata.”apa mamat ni.Tiba-tiba jea tanya.
“ Amir.Aku sekolah di Maahad Ar-Rahmah Kenali.Tinggal di Kampung Demit.PMR 8A.” Ringkas dan padat sahaja aku menjawab segala pertanyaannya.
Setelah aku menjawab semua soalan yang diajukan,dia memperkenalkan dirinya sebagai Haikal,juga dari kelas yang sama dengan aku.Aku sungguh tidak sangka sudah mendapat kawan yang dari kelas yang sama.Mulai hari itu,kami mula menjadi kawan yang baik.Aku dan Haikal sentiasa bersama sehinggalah ada orang yang mencemburui persahabatan kami.Rupa-rupanya ada juga yang bersikap demikian.Biasalah,hati yang dicemari oleh kata-kata syaitan ini akan menimbulkan sikap mazmumah.Aku tidak boleh berkata apa-apa lagi dan hanya mampu berdoa agar mereka yang mencemburui persahabatan kami ini akan merasa insaf.Ubatnya senang sahaja untuk menghilangkan rasa dengki iaitu sentiasa menunaikan solat sunat dan membaca al-Quran setiap kali selepas solat terutama selepas solat Subuh dan Maghrib.Sedang aku termenung seorang diri,tiba-tiba aku terus dimarahi oleh Haikal.Dia menuduh aku mengata belakang atau mengumpat pasal dia.Pada masa itu,aku langsung tidak dapat berkata apa-apa kerana tergaman dan terkejut dengan kemarahannya itu.Aku tidak pernah mengumpat pasal dia di belakang malah aku sentiasa menjaga maruah dia kerana aku tahu sejarah hidup dia.
“ Haikal,aku tidak pernah mengumpat pasal kau di belakang.Aku tahu dan kau pun tahu bahawa mengumpat dosanya lebih teruk daripada membunuh.Aku rasa ada orang yang cuba merenggangkan persahabatan kita.Aku tahu sudah lama orang lain tidak suka akan keakraban kita.Percayalah Haikal.Aku sayangkan persahabatan ini.Bukan mudah kita nak bina persahabatan ini Haikal.Kita berkawan kerana Allah.Kita berkawan kerana kita percaya Allah telah mentakdirkan kita sebagai sahabat karib.Antara aku dan kau.Dalam pepatah arab mengatakan “bainana  wa bainakum”.Aku mengakhiri hujah aku.
Apakah dayaku,walaupun hujah aku bertubi-tubi,namun Haikal tetap tidak mempercayai kata-kataku itu.Akhirnya,orang yang mencemburui kami telah berjaya memisahkan persahabatan kami yang amat baik selama ini.Kini,antara aku dan Haikal sudah tidak lagi bersama malah kedudukan meja dalam kelas aku juga telah berubah.Betapa sedihnya hati ini.Aku hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti,Haikal sedar akan kesilapanya dan hubungan persahabatan kami akan kembali seperti dulu.

JANUARI 2011.
Faiz tergelak-gelak mendengar ceritaku.Mungkin dia berasa lucu dan menganggap aku termenung kerana itu.Aku tidak kisah kerana sesiapa pun akan berada pada situasi yang sama jika aku menceritakan pada sesiapa sahaja.Sebab itulah aku mengambil keputusan untuk berdiam diri tanpa menceritakan pada sesiapa pun sehinggalah aku bercerita pada Faiz pada hari ini.Aku melanjutkan lagi kisah persahabatan aku dan Haikal.Ketawa Faiz mula mengendur takhtala aku mengatakan bahawa Haikal sudah tidak ada lagi didunia ini.
Faiz mula berasa tidak enak kerana melihat muka aku yang mula menunjukkan perubahan yang sedih.Aku melihat jam ditangan dan pada masa itu aku perlu mengajar dikelas tingkatan satu Ibnu Khaldun dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.Aku meminta diri dan aku akan menyambung kembali ceritaku kepada Faiz setelah tamat kelas aku pada hari ini.Faiz menganggukan kepala tanda setuju dan kami akan berjumpa di KFC Kubang Kerian.
Seperti biasa,sesi taaruf dijalankan dan aku mula meperkenalkan diri aku.Setelah itu,aku menerangkan subtopik Pendidikan Islam yang akan aku ajarkan pada tahun ini.Untuk permulaan aku mengambil keputusan untuk tidak mengajar tetapi aku memberi nasihat kepada para pelajarku tentang hubungkait antara akidah,ibadat dan akhlak.Para pelajarku begitu khusyuk mendengar ceramahku itu.Alhamdulillah,Allah masih membuka pintu hati mereka untuk mendengar nasihatku tanpa mengeluarkan suara malah ada sesetengah pelajar berani bertanya mengenai persoalan ini.
“Kita dibekalkan dengan satu akidah yang betul iaitu Islam.Kita patut bersyukur kerana kita dilahirkan dalam keadaan Islam,akidah yang benar dan sebaik-baik pegangan iaitu menyembah Allah SWT dan mempercayai segala ajaran yang diajar oleh Allah dan Muhammad SAW,Rasul bagi umat zaman akhir termasuklah kita.Kita juga telah ditinggalkan 2 benda yang teramat penting iaitu al-Quran dan al-Hadis sebagai panduan dan pegangan kita supaya tidak sesat.Muhammad SAW pernah bersabda “Berpeganglah kepada 2 perkara ini yakni al-Quran dan al-Sunnah.Nescaya kamu tidak akan sesat.” Seperti yang kita tahu Islam berasal dari perkataan salama iaitu selamat.Oleh kerana itulah,apabila akidah kita mantap,maka ia akan mempengaruhi ibadat kita.Macam mana itu.Ibadat kita akan menjadi lebih sempurna.Kita sentiasa ikhlas dalam melakukan semua perkara dan apabila akidah serta ibadat kita sempurna maka terhasilah akhlak yang baik atau sikap mahmudah.Ibarat pokok.Akar itu ibarat akidah,pokok itu ibarat ibadat dan buah yang baik itu ibarat akhlak.Jika akar itu rosak,maka pokok tidak akan membesar dan akan menghasilkan buah yang busuk dan rosak.”Aku menutup ceramahku itu.
Sebenarnya kata-kata aku itu adalah pesanan dari ustazah aku semasa aku mengambil subjek akhlak di Fakulti Pendidikan Universiti Putra Malaysia.Aku masih mengingati lagi kata-kata dari Dr.Fathiyah.Kini,giliran aku pula yang menurunkan ilmu kepada anak didikku itu agar pahala dapat mengalir kepada Ustazah aku yang banyak mengajar aku.Aku menamatkan sesi pengajaran aku disitu dan aku loceng tamat persekolahan pada hari ini telah pun berbunyi.Setelah itu,aku mencari surau sekolah untuk menunaikan kewajipan aku sebagai seorang muslim.Selesai solat Zohor secara berjemaah,aku menghidupkan enjin kereta untuk pergi ke KFC Kubang Kerian untuk menyambung kembali rahsia bodohku itu.Aku ketawa di dalam hati sendirian takhtala mengenangkan janjiku dengan Faiz semata-mata untuk melanjutkan cerita mengenai persahabatan aku dengan Haikal.Kereta Honda Jazz berwarna hitamku mula meninggalkan kawasan persekolahan dan menuju ke Kubang Kerian,iaitu satu bandar  yang semakin maju,sarat dengan pembangunan yang terancang.
OGOS 2003
Kini,antara aku dan Haikal tidak lagi seperti dulu.Walaupun aku sudah mencuba untuk menjernihkan keadaan tapi aku hampa kerana sikap Haikal yang dingin.Beberapa hari lagi sambutan kemerdekaan negara akan tiba.Ahli Jawatankuasa Asrama sibuk merancang segala aktiviti pada malam itu.Aku dan Haikal berada dalan ajk yag sama iaitu ajk persiapan tempat.Aku bersikap seperti biasa walaupun aku tahu Haikal tidak keruan apabila dia tahu aku dan dia akan berkerjasama.Bagi aku,kerja tidak perlu dicampuradukkan dengan hal peribadi.Pada zaman Rasulullah SAW memerintah Madinah,orang Islam dan orang bukan Islam dapat hidup sekali dengan jayanya walaupun mereka sebenarnya memusuhi Islam pada mulanya.Aku mengambil pendekatan itu apabila aku bekerja dengan Haikal.InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar walaupun hubungan persahabatan kami tidak seperti dahulu lagi.
“Oii,Amir!!!kau reti tidak buat kerja ni?Tengok!!!Semua tak menjadi!!!Dasar bodoh!!”Haikal melepaskan rasa tidak puas hatinya kepada aku.Mungkin kerana perasaan tidak ikhlas dalam membuat kerja dan kerana terpaksa menyebabkan semua kerja yang dilakukan oleh kami berdua tidak menjadi.Aku hanya berdiam tanda sabar.Jika aku menjawab,kemungkinan hubungan kami akan menjadi lebih teruk.Aku tahu,Haikal sekarang ini terlalu emosional.Aku amat memahami perasaan dia.Mungkin perasaan yang dia rasakan sekarang ini ialah aku sudah mengkhianati persahabatan kami.Aku hanya tersenyum membalas semua rasa marahnya terhadap aku.Dalam hati,aku hanya mampu berdoa agar kerja persiapan tempat ini akan dapat dijalankan dengan sempurna dan Haikal akan bertindak secara profesional dengan mengenetepikan segala masalah yang berhubung dengan kami.
Alhamdulillah.aku bersyukur kepada Allah SWT kerana mempermudahkan segala kerja kami walaupun pada awalnya terlalu banyak dugaan yang terpaksa kami tempuhi.Inilah yang dikatakan proses mematangkan hidup kita.Terima kasih Ya Allah.Segala persiapan tempat menyambut hari kemerdekaan peringkat asrama sudah pun selesai.Aku amat bersyukur walaupun hubungan kami tidak seperti dahulu,namun kami mampu bekerjasama dan menghasilkan kerja yang bermutu dan aku tahu orang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah antara kami begitu marah.Tapi aku sedikit pun tidak kisah kerana kita hanyalah insan biasa dan Allah tetap ada bersama kita dikala susah mahupun senang.Bergantung atas niat seseorang dalam membuat kerja.Dalam buku Hadis 40 sahih Bukhari dan muslim membincangkan pasal niat.Satu persatu dinyatakan secara terperinci mengenai niat.
Oktokber 2003,peperiksaan akhir tahun akan bermula beberapa hari lagi.Hubungan kami tidak menampakkan tanda-tanda kejernihan.Sudah masuk enam bulan kami tidak bertegur sapa.Aku sebenarnya bimbang kerana hadis pernah mengatakan bahawasanya “Sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari,maka diharamkanNya memasuki syurga.”Namun aku berasa lega kerana kau telah berjumpa dengan ustaz Abdul Shukur mengetahui hakikat penerangan hadis tersebut dan ustaz mengatakan yang dimaksudkan dengan hadis tersebut ialah saudara yang mempunyai darah dengan kita seperti mak,ayah,adik-beradik Cuma di Malaysia kita meluaskan konteks hadis tersebut.Alhamdulillah,sekurang-kurangnya aku tidaklah rasa terlalu bersalah kerana aku pernah mencuba untuk menjernihkan keadaan kami.
“Haikal,aku minta maaf atas semua silap salah aku sepanjang aku mengenali kau sebagai sahabat dunia akhirat aku.Halalkan makan minum aku dengan kau.Doakan aku berjaya dalam peperiksaan akhir tahun dan aku juga doakan kau berjaya juga.”
Namun,Haikal bersikap acuh tidak acuh dan pergi meninggalkan aku begitu sahaja.Aku berasa sedih dan kecewa dengan sikap Haikal.Dimana janji-janji yang kami cipta dahulu?Dimana ukhwah persahabatan yang kami bina atas dasar islamiah dahulu?Kini semuanya sudah hancur.Hubungan kami bolehlah diibaratkan seperti orang putus cinta dan tidak mungkin dapat berbaik semula.Aku hanya mampu berdoa agar hati Haikal terbuka untuk memberi ihsan kemaafan kepada sahabatnya iaitu aku walaupun aku tahu aku tidak bersalah dalam hal ini.Peperiksaan akhir tahun dijalankan dengan jayanya dan alhamdulillah aku dapat menjawab dengan jayanya.
Disember 2003,keputusan peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan empat sudah diumumkan dan sekali lagi aku memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana berjaya mendapat tempat ke-2 didalam kelas itu.Aku cuba mencari nama Haikal dan aku dapati,Haikal mendapat kedudukan yang ke-4 dan sekali lagi kami berada dalam kelas yang sama apabila naik tingkatan 5 iaitu 5 Ibnu Sina,kelas yang diidam-idamkan oleh semua pelajar.Sedang aku termenung,Haikal menyapaku.
“Oi,ingat hebat sangat ke dapat nombor 2.Tak payah nak berlagaklah.Kau dengan aku beza sedikit jea pun.Betul tak Hafiz?”Hafiz hanya mampu menganggukkan kepala tanda setuju dengan kenyataan Haikal.Aku tahu yang Hafiz kini sudah menjadi pengganti aku Cuma yang membezakan antara aku dan Hafiz ialah Hafiz sudah menjadi sahabat Haikal sejak dari tingkatan satu lagi tapi aku mengenali Haikal dalam tingkatan empat.Namun,aku sikit pun tidak kisah malah aku bersyukur kerana Haikal tidaklah keseorangan lagi.Pasal diriku,aku tidak kisah kerana aku hanya nak tumpukan pelajaran aku kerana aku akan menduduki SPM dan di dasar sudut kecil hatiku ini,aku mengharapkan antara aku dan Haikal akan berbaik semula.
Persekolahan untuk tahun 2004 sudah bermula.Kedudukan aku di dalam kelas ialah ditengah-tengah,barisan kedua bersama dengan Mohd Nazmi iaitu pelajar terbaik bagi tingkatan empat.Keputusan kami hanya memisahkan pointer sahaja.Aku mendapat pointer 3.53 manakala Nazmi mendapat pointer 3.56.Bilangan A yang sama antara kami.Kini,aku dan Nazmi menjadi kawan namun tidaklah seakrab antara aku dan Haikal satu ketika dahulu.Aku berharap kali ini tidak ada yang cemburu antara aku dan Nazmi lagi kerana kami hanyalah sekadar berkawan biasa walaupun aku tahu Haikal tidak menyukai persahabatan kami.Mungkin dia masih sayang persahabatan antara aku dan dia cuma ego terlalu tinggi untuk mengalah walaupun aku sudah mengalah sejak dari dulu lagi.Biarlah!!!Masa akan menentukan segalanya.Allah lebih bijak mengatur kedudukan hambaNYA.Kini,aku sudah redha dengan ketentuan Ilahi.
Seluruh kelas gempar apabila Haikal pengsan di dalam kelas.Aku juga turut panik melihat kejadian itu lantas aku tergesa-gesa mendapatkan Haikal.Namun,apakan daya,Hafiz menolak aku dengan mengatakan akulah punca Haikal pengsan.Ya Allah,betapa sedih dan pilunya hati ini dituduh sedemikian.Dituduh sebagai seorang yang amat bersalah.tapi aku tetap redha kerana inilah ujian persahabatan kami yang Allah berikan kepada aku.Haikal dihantarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian dan ditempatkan di wad 7 Selatan.Aku dikhabarkan Haikal menghidap penyakit barah otak yang serius.Patutlah selama aku berkawan,Haikal sering mengadu sakit kepala.Aku pernah menyarankan kepada dia supaya ke hospital tetapi Haikal menolak.Ya Allah,betapa beratnya KAU menguji sahabatku,Haikal.Setelah KAU menguji persahabatan kami,kini KAU pula menguji sahabatku dengan penyakit ini.Sungguh besar ujianMU itu.Namun,aku yakin tentu besar hikmatnya disebalik ujian ini.
Petang Sabtu,aku meminta izin daripada Ketua wardan,Ustaz Hassan Bin Said untuk ke hospital,melawat Haikal.Secara kebetulan,HUSM dan rumah aku adalah dekat.Jadi,aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah aku setelah melawat Haikal.Aku menaiki bas untuk ke HUSM.Jam menunjukkan pukul 1.00 tengahari,merupakan waktu melawat bagi HUSM.Kini,aku melangkah ke wad 7 Selatan dan aku melihat ramai di antara saudara mara,sahabat handai serta guru-guru melawat Haikal.Aku melihat dari jauh,Haikal tersenyum dengan puas dan begitu ikhlas.Sudah lama aku tidak melihat senyuman sahabatku itu.Adakah kehadiran aku akan meragut segala senyuman dia.Ya Allah,begitu berat kakiku untuk melangkah mendekati dia.Kuatkan hatiku ini Ya Allah.Kakiku kini semakin cepat melangkah untuk mendekati Haikal.
“Assalamualaikum,apa khabar Haikal?”Aku memberikan salam aku kepada Haikal sambil menghulurkan tangan dengan perasaan yang berdebar-debar.Mungkin,hati Haikal sudah terbuka,dia tersenyum dan menjawab salamku dengan penuh kegembiraan.Malah,dia mengatakan bahawa dia tertunggu-tunggu kehadiran aku.Aku begitu terkejut dengan kenyataan Haikal.Ya Allah,terima kasih kerana mengembalikan Haikal kepadaku walaupun aku tahu masa kami untuk mengenali buat kali kedua tidak lama kerana tahap penyakit Haikal sudah berada pada tahap 4 iaitu tahap yang serius.Mungkin Allah memberi kesempatan kami untuk berbaik semula,menjadi sahabat dunia dan akhirat sebelum Haikal menutupkan matanya meninggalkan dunia yang penuh tipu daya ini.
Sebelum aku balik,Haikal memberi aku surat dan dia menyuruh aku membaca surat ini setalah aku tiba di asrama.Aku terpaksa akur dengan kehendaknya kerana aku menghormati Haikal sebagai sahabat aku.Setelah memberi salam,aku meninggalkahn Haikal sendirian di dalam wad.Aku sempat melihat wajah Haikal yang sedih.Begitu juga aku tetapi aku menguatkan semangat supaya Haikal lebih bersemangat untuk meneruskan sisa-sisa hidupnya itu.Aku berfikir sendirian.Betapa tabahnya Haikal meneruskan hidup.Dia sempat mengatakan kepadaku yang dia akan tetap akan mengambil peperiksaan SPM dan akan mencatatkan keputusan yang terbaik untuk dihadiahkan kepada kedua orang tuannya itu.Begitu tabah hatimu,Haikal!!!!!!Air mataku mengalir keluar dari kedua-dua belah mataku ini.Lama betul air mataku tidak mengalir.Betapa mulia dan kuatnya ukhwah antara kami.Ukhwah yang sekali lagi aku nyatakan dibina atas dasar Islam.Kerana Allah!!
Selesai aku menunaikan solat isyak,aku terus ke kelas untuk ulangkaji pelajaran.Malam itu sememangnya tiada kelas malam.Sesampainya aku ke kelas,aku terus membuka lembaran surat yang diberikan oleh Haikal kepadaku tadi dan aku meneliti bait-bait kata yang tertulis di dalamnya.

“Assalamualaikum buat sahabatku, Amir..
Aku meminta maaf diatas segala silap dan salah aku terhadap kau.Aku tahu,kau tentu kecewa dengan segala tindakan aku terhadap kau.Mir,sebenarnya aku amat menyayangi persahabatan antara kita dan aku tahu segala fitnah yang dilemparkan ke atas kau sememangnya tidak benar.Cuma aku malu untuk mengakui kesilapan aku sendiri.Mungkin kerana ego aku terlalu tinggi.Aku juga tahu bahawa kau tidak pernah melupakan segala janji-janji yang pernah dilafazkan masih terpegang kemas.Sebab itulah aku melihat kau tidak putus asa untuk menjernihkan keadaan antara aku dan kau.Cuma aku yang tidak pernah nak menghargai segala tindakan kau dalam meminta kemaafan dari aku.
Mir,sebenarnya aku juga tidak pernah lupa akan janji-janji yang kita lafazkan dahulu.Aku berasa amat sedih dan kecewa dengan tindakan aku.Aku bodoh kan Mir?Tidak pernah menghargai sahabat yang Allah kurniakan kepada aku.Mungkin tidak terlambat untuk aku memohon maaf dari kau,Amir.Maafkan aku..Jika aku ditakdirkan pergi terlebih dahulu,aku mengharapkan doa dari kau,sahabat aku dunia dan akhirat agar aku sentiasa tenang di alam sana.Aku merayu kepada kau,Amir.Maafkan aku diatas segala silap salahku sepanjang persahabatan kita.”

                                                                                                                                          Haikal
Air mata aku makin lebat mengalir setelah aku membaca surat tersebut.Ya Allah,sudah lama aku memaafkan kau Haikal.Sedikit pun tidak terdetik untuk aku menyakiti kau.Segala yang telah berlaku adalah ketentuan Allah SWT.Aku menerimanya dengan hati yang terbuka.Sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan sahabat seperti kau.Satu nikmat Allah yang tidak terhingga dan diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNYA.
Sudah 3 bulan berlalu,kini antara aku dan Haikal kembali seperti dulu.Tanggal 18.12.2004,Haikal meninggalkan kami semua,meninggalkan dunia yang penuh dengan cubaan.Semua orang berasa sedih akan kehilangannya termasuklah aku.Namun aku redha dengan ketentuan Allah kerana Allah lebih menyayangi hambanya lebih dari kita menyayangi dia dan aku bersyukur kerana Allah mempertemukan aku dengan Haikal.
Al-Fatihah untuk Allahyarham Haikal.Semoga dia ditempatkan dengan orang-orang beriman.

JANUARI 2011
Sambil aku mencubit ayam KFC,aku menghabiskan cerita aku kepada Faiz.Aku melihat Faiz begitu sedih dan hampir  mengeluarkan air mata setelah mendengar cerita aku.Aku hanya mampu tersenyum dan mengatakan sudah menjadi ketetapan Allah yang tersurat dalam perjalanan hidup aku.Faiz mengangguk tanda setuju dengan kenyataan yang aku berikan.YaAllah,tempatkan Haikal dalam kalangan orang-orang yang beriman.Sekali lagi ingatan aku kembali kepada sahabatku,Haikal.
“Mir,saya tidak sangka yang awak mempunyai kisah yang sedih.Ya Allah,kukuhnya hubungan persahabatan antara awak dan Haikal.Kisah persahabatan kau ni boleh diibaratkan seperti persahabatan Rasulullah SAW dengan para sahabat.Bersahabat kerana Allah.Kerana sayangnya ukhwah antara kamu,rasa sakit hati dapat dikikis walaupun pelbagai dugaan dan ujian yang melanda malah disebalik ujian itu,persahabatan antara kamu makin kukuh dan utuh.”Luahan hati Faiz setelah mengetahui ceritaku ini.
“Iz,aku terlalu bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada aku untuk mengenali Haikal.Memberi ujian dan dugaan kepada persahabatan kami semata-mata untuk lebih dekat  mengenal Allah SWT dan aku redha kerana Allah lebih menyayangi Haikal lebih daripada aku menyayangi dia.Mengenali Haikal merupakan satu anugerah Allah yang tidak terhingga.Mungkin orang kata,perkara sedemikian hanyalah kisah cinta antara manusia sesama manusia tapi tidak pada aku.Persahabatan aku ini bukan sahaja rasa cinta kami tetapi yang lebih besar rasa cinta kami terhadap maha Pencipta,Allah SWT.Aku mengakhiri hujahku.
Setelah aku dan Faiz menghabiskan makanan,kami keluar dari KFC dan menuju ke kereta masing-masing.Bagi aku,kisah antara aku dan Haikal hanyalah satu perjalanan hidup aku sebelum aku juga mengikut jejak Haikal ke alam sana.Aku tidak boleh hidup dengan kenangan dan kisah ini akan aku jadikan panduan dalam proses aku mematangkan hidup aku sebagai khalifah di muka bumi ini.Kini,aku perlu menumpukan kerjaya aku dalam mendidik manusia menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.Aku menghidupkan enjin kereta dan menuju untuk pulang ke rumah.Esok,lusa dan hari-hari selepasnya akan aku isikan masanya dengan perkara-perkara yang berfaedah.Tapi apa yang pasti,tugas sebagai pendidik akan aku pikul dan galas dengan penuh dedikasi.Haikal,moga kau tenang di alam sana.
















SAHABAT SELAMANYA

Sahabat
Budimu persis mutiara di lautan terbentang
Betapa sukarnya ku capai perasaan ini
Kekelaman hatiku kini disirami cahaya
Mega-mega kelabu berarak lalu
Memori jingga kembali biru
Menerangi laman jiwaku
Penuh berbunga restu

Sahabat
Terima kasih ku ucapkan kepadamu
Kerana kau menerima aku seadanya
Tanpa mengira darjat yang bertakhta
Ku nobatkan dirimu dihatiku selamanya
Dan panduan penghormatanku mengiringimu sentiasa.

Sahabat
Kenangan lalu terpahat selamanya
Tatkala aku menyusun duka
Enigma jujur datang menjelma
Membawa seribu kenangan
Setiap saat dan ketika terpahat di jiwa

Sahabat
Ku titipkan propaganda kehidupan
Demi mengenangi kenangan silam
Jikalau kita semakin renggang
Ku dambakan setiap pengorbanan
Ku doakan dirimu diiringi kejayaan
Bersama seribu satu kebahagiaan
Menenggelamkan seribu kedukaan
Inilah lumrah kehidupan
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.




Ukiran impian

Kedamaian yang kucari
Masih belum terbukti….
Jauh lagi pejalanan ini
Jiwa tak pernah tenteram
Dilubuk hati paling
Dalam…..
Berlumutlah ukiran impian
Entah berapa lama
Harusku nanti sinar
Kasih sayang menyinari
Kembali….
Dengan nada,lagu dan irama
Kuluahkan rasa kecewa
Semoga kau dapat
Mendengar….
Yang pasti hujan tak berterusan
Matahari akan terus
Bersinar….